Memaparkan catatan dengan label football. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label football. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Mei 2010

Chelsea Juara Liga Inggeris



Monday, 10 May 2010
Chelsea dinobatkan sebagai juara Liga Perdana England musim ini selepas menamatkan perlawanan terakhir liga dengan kemenangan besar 8 -0 ke atas Wigan.

Keputusan itu sekali gus menafikan harapan Manchester United untuk merangkul kejuaraan keempat berturut - turut walaupun mereka berjaya membenam Stoke City 4 -0. Sementara itu, Carlo Ancelotti menyifatkan kejayaan menewaskan United dua kali musim ini dalam perlawanan liga menjadi punca kepada kejayaan menjulang kejuaraan liga pada musim pertama beliau.

"Kunci kejayaan kami ialah kemenangan ke atas Manchester United di tempat mereka kerana kemenangan itu menaikkan keyakinan kami dan menjatuhkan semangat United." Chelsea akan berkunjung ke Wembley untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini bertemu Portsmouth dalam final Piala FA. -Bolasepak.com

Chelsea sedia 130 juta pound beli Torres



Monday, 17 May 2010
Chelsea bakal menawarkan tawaran lumayan untuk memiliki Fernando Torres dalam beberapa hari lagi.

Jumlah tawaran yang dijangkakan untuk menandatangani Torres berkemungkinan besar sehingga £130 juta. Menurut laporan, Roman Abramovich sendiri mahu membawa penyerang Liverpool ke Stamford Bridge. Selain Chelsea, Manchester City, Barcelona dan Real Madrid turut berminat untuk memiliki Torres.

Chelsea juga dikatakan bersedia menukar tiga pemain dengan Liverpool dalam usaha memastikan pembelian Torres berjalan lancar. Abrhamovic turut bersedia mengatasi tawaran £200,000 bayaran seminggu oleh City.

"Torres adalah terbaik dan Roman mahu yang terbaik. Dia mendapati Torres merupakan pemain yang mampu membantu Chelsea membawa Liga Juara - Juara ke Chelsea. -Bolasepak.com

inter milan guna empat penyerang

Mourinho pakar taktik, dia tak faham seni bola sepak: Robben

MADRID: Inter Milan dijangka menggunakan formasi sama – empat penyerang – seperti diamalkan ketika menewaskan Chelsea dan Barcelona sebagai bekalan perjuangan menjelang final Liga Juara-juara Eropah menentang Bayern Munich di San Bernabeu, awal pagi esok.
Jurulatih Inter, Jose Mourinho sudah menguji formasi 4-2-3-1 yang membabitkan Goran Pandev, Wesley Sneijder dan Samuel Eto'o di belakang serta Diego Milito di depan. Semua empat penyerang itu juga digunakan ketika mengatasi Chelsea dalam pusingan kalah mati serta kemenangan 3-1 ke atas Barcelona dalam perlawanan separuh akhir pertama.
Inter hadir di Madrid lewat Rabu dan berlatih di pusat latihan kelab Real Madrid.

Perkembangan itu sekadar mencetus satu persoalan kerana Mourinho dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi Liga Sepanyol itu selepas tamat final nanti.

Mungkin dengan perpindahan ke ibu negara Sepanyol dalam fikiran serta sudah menyingkirkan musuh tradisi Real iaitu Barcelona dalam separuh akhir, Mourinho boleh mengharapkan sokongan padu penyokong tempatan nanti.

“Saya berharap penyokong Real akan menyorak untuk kami di Bernabeu nanti,” kata Mourinho.
Sementara itu, pemain sayap Belanda yang mewakili Bayern Munich, Arjen Robben berkata dia lebih seronok bermain bawah bimbingan Louis van Gaal berbanding bekas jurulatihnya, Mourinho ketika mewakili Chelsea dulu.

“Van Gaal adalah jurulatih yang mahu bermain cantik dan memenangi perlawanan dengan cara itu tetapi Mourinho adalah jurulatih yang pakar taktik tetapi tidak memikirkan sangat mengenai cara bermain bola sepak...atau lebih tepat tidak tahu mengenai seni dan gaya permainan cantik kerana dia hanya memfokuskan tumpuan untuk memenangi perlawanan.

“Sebagai pemain anda sudah tentu mahu seronok ketika bermain dan ia adalah sebahagian daripada sebab mengapa anda mahu bermain dan saya betul-betul seronok di Bayern musim ini,” katanya.

Sabtu, 24 April 2010

klon ronaldo..




power gila budak ni...

Ahad, 18 April 2010

chelsea gagal curi peluang..

Spurs Buka Ruang Buat Pencabar Chelsea

April 18th 2010 | Posted by Berita EPL

Kapten Chelsea, John Terry longlai meninggalkan padang selepas menerima dua kad kuning.

SELEPAS mengecewakan salah satu pencabar utama EPL, Arsenal minggu lalu, Tottenham Hotspurs sekali lagi muncul sebagai watak pemusnah atau giant killer apabila mengejutkan pendahulu liga, Chelsea 2-1 di White Hart Lane, awal pagi tadi.

Kemenangan Spurs kini membuka ruang lebih luas buat Manchester United untuk menyaingi The Blues dalam buruan gelaran EPL apabila skuad Red Devils memenangi perlawanan penting dalam aksi Manchester Derby malam tadi.

Di Stadium City of Manchester, United menewaskan Manchester City 1-0 hasil jaringan tunggal tonggak veterannya, Paul Scholes hanya beberapa saat sebelum wisel penamat ditiupkan.

Ketika perlawanan bakal berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, Scholes menanduk masuk bola hantaran Patrice Evra untuk mengecewakan puluhan ribu penyokong City di Eastlands.

Kemenangan dramatik itu tambah manis buat penyokong Red Devils apabila kesudahan perlawanan di White Hart Lane menyaksikan Chelsea gagal menyerap tekanan sekali gus meninggalkan jurang yang sangat kecil sekali pun masih kekal mendahului liga.

Dengan hanya kelebihan satu mata ketika saingan EPL berbaki tiga perlawanan, segala kemungkinan bakal terjadi selepas ini sama ada, anak buah Carlo Ancelotti bakal berputih mata sekali lagi musim ini atau Red Devils terpaksa menyerahkan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

man utd tundukkan man city 1-0

Jaringan Minit Akhir Scholes Hampakan City

April 17th 2010 | Posted by Berita EPL

Paul Scholes menanduk masuk gol kemenangan United dalam aksi sengit menentang Manchester City malam ini.

PAUL Scholes muncul watak pemusnah dalam perlawanan Manchester derby apabila tandukannya pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan barisan Sir Alex Ferguson membawa pulang tiga mata penuh dalam aksi sengit di Stadium City of Manchester, sebentar tadi.

Kemenangan penting itu kembali menghidupkan peluang Manchester United untuk mengejar Chelsea yang masih unggul di tangga teratas, namun jurang kedua-duanya kini hanya tinggal satu mata sahaja.

Namun Chelsea mampu menjarakkan jurang berkenaan andai dapat menewaskan Tottenham di White Hart Lane lewat malam nanti dalam satu lagi aksi tumpuan minggu ini.

City dan United mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan berkenaan, namun jaringan Scholes menjadi pemisah aksi kedua-dua pasukan.




Sabtu, 17 April 2010

Selangor kukuh cengkaman liga

PEMAIN Selangor, Khairul Anuar Baharom (kanan)   cuba merampas bola daripada pemain Perak, Mohd Razali  dalam saingan    Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 4-1.

PEMAIN Selangor, Khairul Anuar Baharom (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Perak, Mohd Razali dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi. Selangor menang 4-1.
Belasah Perak 4-1 di Stadium Shah Alam dalam aksi tunggal Liga Super

PENDAHULU liga, Selangor bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 4-1 ke atas Perak, seterusnya menjarakkan diri di depan pencabar terdekatnya, Terengganu dalam saingan Liga Super yang disambung semula di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Dengan Terengganu dan pasukan elit lain hanya akan beraksi malam ini, tiga mata penuh itu meletakkan Selangor unggul dengan 26 mata, namun ia dapat dipadamkan Terengganu yang memiliki dua perlawanan dalam tangan dan bertandang ke Johor untuk berdepan Johor FC malam ini.

Beraksi tanpa kapten dan perancang tengah, Mohd Amri Yahyah, Selangor sedikit pincang dengan Perak yang terlebih dulu membuka jaringan menerusi gerakan solo Muhammad Nazri Mohd Kamal.

Menerima hantaran daripada K Nanthakumar, Muhammad Nazri bertindak bijak memperdayakan pertahanan Selangor sebelum merembat rendah melepasi penjaga gol, Mohd Iqbal Suhimi pada minit ke-35.

Bunyamin Omar memberikan amaran kepada pelawat apabila menggegarkan gawang yang dikawal Megat Amir Faisal Al Khalidy menerusi tandukannya yang singgah ke palang, namun jaringan penyamaan Selangor gagal dibendung pada minit ke-37.

Safee Sali mudah menolak masuk hantaran lintang Amirulhadi Zainal dari sayap kanan untuk mengikat kedudukan 1-1 sebelum babak pertama berakhir.
Gergasi Merah menggandakan asakan pada babak kedua dengan Safiq Rahim bijak mencari ruang kosong gawang untuk menewaskan penjaga gol Megat Amir Faisal pada minit ke-78 sebelum kemasukan supersub R Surendren menjelmakan dua jaringan peribadi pada minit ke-84 dan sepakan penalti seminit sebelum tamat.

man utd vs man city

malam ni man utd akan turun menentang man city buat kali ke-3 bagi memburu kemenangan hatrik dan mencabar pendahulu liga iaitu chelsea yang kini mendahului dgn 4 mata di depan man utd. malam ni menjadi perlawanan yg akan diisi dgn kehebatan pemain kedua pasukan dan pastinya rooney dan tevez akan bersaing untuk mendapatkan jaringan..

saksikan video perlawanan dahulu man utd vs man city yang dimenangi man utd.


Giggs masih taruh harapan


Giggs
Giggs
MANCHESTER: Manchester United berkunjung ke Eastlands hari ini dalam aksi tetangga yang amat ditunggu-tunggu, dengan harapan menghidupkan kembali peluang meraih gelaran Liga Perdana Inggeris dan pada masa sama, meranapkan impian Manchester City untuk ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

United kini tercicir empat mata di belakang Chelsea yang kukuh di puncak liga dengan berbaki empat perlawanan manakala City yang berada di tangga keempat, satu mata di atas Tottenham.

City tumpas 4-3 kepada United di Old Trafford dalam aksi Liga Perdana sebelum ini dan Red Devils turut mengalahkan jiran mereka itu dalam saingan separuh akhir Piala Liga, awal tahun ini.

United berharap, penyerang England, Wayne Rooney pulih daripada kecederaan buku lali yang dialaminya baru-baru ini bagi memastikan dia dapat diturunkan di Eastlands.

Dengan pemain United, Carlos Tevez semakin berselera menjaringkan gol dan kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan atas alasan berbeza, saingan malam ini menyaksikan pertembungan paling menarik berbanding pertemuan lampau.

Dua minggu lalu, United kelihatan berada di landasan tepat untuk meraih gelaran berganda namun mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara oleh Bayern Munich, sebelum tewas kepada Chelsea dan seri dengan Blackburn dalam aksi domestik itu.

Begitupun, veteran Old Trafford, Ryan Giggs menegaskan masih banyak peluang untuk pasukan Alex Ferguson dalam aksi hujung minggu ini, selepas menjuarai Piala Liga musim ini.
“Kami hanya perlu terus beraksi,” kata pemain sayap Wales itu. “Kami menempuh tempoh buruk kira-kira 10 hari lalu. Keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkan dan tuah juga tidak memihak kami. Kami memerlukan kedua-dua perkara itu ketika ini.

“Kami perlu bangkit daripada kekecewaan dan yang pasti kami belum berputus asa. Kami akan terus berjuang sehingga ke penghujung,” katanya.
“Masih ada beberapa perlawanan dan diharapkan Chelsea akan tercicir mata dan kami boleh mencuri kesempatan itu.”

Wes Brown, Anderson dan Michael Owen masih di dalam senarai kecederaan manakala Owen Hargreaves tidak mungkin dapat beraksi musim ini meskipun sudah pulih daripada kecederaan lutut.
siapakah antara ketiga bintang bola sepak ini yang paling handal, anda tentukan...












ferguson vs tevez

Johnson : Ferguson silap jual TevezE-mail
Friday, 16 April 2010

Manchester City, Carlos TevezPemain sayap Manchester City, Adam Johnson percaya bahawa Sir Alex Ferguson telah silap membenarkan Tevez meninggalkan Manchester United musim panas lepas dan rakan sepasukannya itu akan membuktikannya dengan menjaringkan jaringan keempat menentang bekas kelabnya esok.

Tevez ternyata gembira bermain di Eastlands dengan mencatat 28 jaringan musim ini termasuk tiga gol menentang United semasa saingan separuh akhir Piala Liga. Johnson turut percaya Tevez telah membuktikan Ferguson membuat keputusan yang salah dengan membiarkan beliau keluar dari Old Trafford.

“Apa yang Carlos lakukan musim ini membuktikan setiap orang salah. Bolasepak adalah kemenangan dan Tevez merupakan pemenang,” kata Johson.

liverpool???

Liverpool akan dijualE-mail
Friday, 16 April 2010

Liverpool fans make their feelings known just three weeks agoPemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett mengesahkan bahawa mereka akan menjual kelab selepas melantik CEO British Airways, Martin Broughton sebagai pengerusi kelab.

Hicks dan Gillett menjadi pemilik Liverpool semenjak 2007 namun telah memberi kekecewaan kepada penyokong yang menjajikan pelaburan yang besar kepada Liverpool. Mereka turut berjanji untuk membina stadium baru di Stanley Park namun masalah kewangan menyebabkan stadium itu masih gagal dibina lagi.

Dengan anak buah Rafael Benitez dilihat tidak mampu untuk melayakkan diri dalam saingan Liga Juara – Juara musim depan, Hicks dan Gillett telah memutuskan secara rasmi untuk menjual kelabnya. Barclays Capital telah menasihati Liverpool untuk dijual dan Broughton yang merupakan pegerusi British Airways PLC akan menjadi pengerusi baru Liverpool bersama Pengarah Pengurusan, Christian Purslow.

“Saya gembira untuk mengambil alih jawatan ini. Liverpool merupakan kelab yang bagus dengan sejarah yang hebat. Saya akan pastikan proses jualan dengan cara yang betul untuk faedah kelab dan juga penyokong,” kata Broughton. –Bolasepak.com

arsenal tiada harapan


Perjuangan Arsenal musim ini terkuburE-mail
Friday, 16 April 2010

Arsenal terpaksa akur untuk tidak menjulang sebarang piala lagi selepas kekalahan mengejut ditangan Tottenham yang seolah – olah menamatkan saingan merebut kejuaraan liga.

Tottenham yang mencatat kemenangan 2-1 menerusi jaringan Danny Rose dan Gareth Bale sebelum Nicklas Bendtner menghasilkan jaringan saguhati pada lewat perlawanan. Dengan saingan yang berbaki empat perlawanan, Arsenal telahpun ketinggalan enam mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea.

"Keadaan menjadi semakin sukar untuk kami muncul juara. Kami cukup tidak bernasib baik. Kami telah tewas perlawanan yang tidak sepatutnya ketika kami dalam persaingan memburu kejuaraan. Ini menunjukkan bahawa pasukan kami masih belum cukup matang. Jika kamu mahu menang kejuaraan, perlawanan seperti ini tidak sepatutnya berakhir dengan kekalahan,” jelas Wenger yang ternyata kecewa.










chelsea vs bolton




Chelsea kukuh kedudukanE-mail
Wednesday, 14 April 2010

Jaringan separuh masa pertama oleh Nicolas Anelka memberi kemenangan Chelsea ke atas Bolton yang membawa mereka kepada empat mata didepan Manchester United.

The Blues memerlukan 43 minit untuk menghasilkan jaringan tunggal perlawanan dengan Bolton berpeluang untuk menyamakan kedudukan bagi mengikat perlawanan. Baru – baru ini Sir Alex Ferguson menyifatkan peluang untuk United menjuarai liga hampir mustahil selepas melihat anak buahnya sekadar seri tanpa jaringan bertemu Blackburn Ahad lepas.

United akan bertemu Manchester City Sabtu ini yang merupakan satu lagi ujian untuk Red Devils tatkala Chelsea berpeluang untuk menjarakkan lagi kedudukan sebelum ujian besar terakhir bertemu Live









man u vs blackburn


Harapan Manchester United untuk merangkul kejuaraan liga musim ini semakin kabur setelah mereka gagal mengutip mata penuh dengan Blackburn mengikat kedudukan tanpa jaringan.

Walaupun mereka berjaya menguasai perlawanan di Ewood Park, anak buah Sir Alex Ferguson ternyata tertekan dengan keadaan mereka yang tewas di tangan Chelsea minggu lepas. Paul Robinson menjadi wira perlawanan dengan menyelamatkan dua percubaan merbahaya dari Antonio Valencia sebelum tamat babak pertama.

Keputusan ini menyebabkan Chelsea mendahului satu mata dihadapan dengan kurang satu perlawanan di samping Arsenal mempunyai peluang untuk memintas United yang hanya dua mata melebihi The Gunners.

demam piala dunia 2010 di afrika selatan...
saksikan full fifa trailer....