Sabtu, 17 April 2010

arsenal tiada harapan


Perjuangan Arsenal musim ini terkuburE-mail
Friday, 16 April 2010

Arsenal terpaksa akur untuk tidak menjulang sebarang piala lagi selepas kekalahan mengejut ditangan Tottenham yang seolah – olah menamatkan saingan merebut kejuaraan liga.

Tottenham yang mencatat kemenangan 2-1 menerusi jaringan Danny Rose dan Gareth Bale sebelum Nicklas Bendtner menghasilkan jaringan saguhati pada lewat perlawanan. Dengan saingan yang berbaki empat perlawanan, Arsenal telahpun ketinggalan enam mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea.

"Keadaan menjadi semakin sukar untuk kami muncul juara. Kami cukup tidak bernasib baik. Kami telah tewas perlawanan yang tidak sepatutnya ketika kami dalam persaingan memburu kejuaraan. Ini menunjukkan bahawa pasukan kami masih belum cukup matang. Jika kamu mahu menang kejuaraan, perlawanan seperti ini tidak sepatutnya berakhir dengan kekalahan,” jelas Wenger yang ternyata kecewa.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan