Ahad, 18 April 2010

man utd tundukkan man city 1-0

Jaringan Minit Akhir Scholes Hampakan City

April 17th 2010 | Posted by Berita EPL

Paul Scholes menanduk masuk gol kemenangan United dalam aksi sengit menentang Manchester City malam ini.

PAUL Scholes muncul watak pemusnah dalam perlawanan Manchester derby apabila tandukannya pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan barisan Sir Alex Ferguson membawa pulang tiga mata penuh dalam aksi sengit di Stadium City of Manchester, sebentar tadi.

Kemenangan penting itu kembali menghidupkan peluang Manchester United untuk mengejar Chelsea yang masih unggul di tangga teratas, namun jurang kedua-duanya kini hanya tinggal satu mata sahaja.

Namun Chelsea mampu menjarakkan jurang berkenaan andai dapat menewaskan Tottenham di White Hart Lane lewat malam nanti dalam satu lagi aksi tumpuan minggu ini.

City dan United mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan berkenaan, namun jaringan Scholes menjadi pemisah aksi kedua-dua pasukan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan