Sabtu, 17 April 2010

liverpool???

Liverpool akan dijualE-mail
Friday, 16 April 2010

Liverpool fans make their feelings known just three weeks agoPemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett mengesahkan bahawa mereka akan menjual kelab selepas melantik CEO British Airways, Martin Broughton sebagai pengerusi kelab.

Hicks dan Gillett menjadi pemilik Liverpool semenjak 2007 namun telah memberi kekecewaan kepada penyokong yang menjajikan pelaburan yang besar kepada Liverpool. Mereka turut berjanji untuk membina stadium baru di Stanley Park namun masalah kewangan menyebabkan stadium itu masih gagal dibina lagi.

Dengan anak buah Rafael Benitez dilihat tidak mampu untuk melayakkan diri dalam saingan Liga Juara – Juara musim depan, Hicks dan Gillett telah memutuskan secara rasmi untuk menjual kelabnya. Barclays Capital telah menasihati Liverpool untuk dijual dan Broughton yang merupakan pegerusi British Airways PLC akan menjadi pengerusi baru Liverpool bersama Pengarah Pengurusan, Christian Purslow.

“Saya gembira untuk mengambil alih jawatan ini. Liverpool merupakan kelab yang bagus dengan sejarah yang hebat. Saya akan pastikan proses jualan dengan cara yang betul untuk faedah kelab dan juga penyokong,” kata Broughton. –Bolasepak.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan