Dua wakil negara yang layak ke separuh akhir hari ini ialah beregu wanita, Vivian Kah Mun Hoo-Khe Wei Woon dan beregu campuran yang juga pilihan ketujuh, Peng Soon Chen-Liu Ying Goh.
Terdahulu, Hafiz yang juga pilihan ke-10 kejohanan, gagal melakukan kejutan apabila tewas kepada pilihan kelima dari Thailand, Boonsak Ponsana 9-21, 21-17, 10-21.
Mew Choo pula gagal mempamerkan permainan menarik apabila mudah menyerah kepada pemain pilihan pertama tuan rumah, Saina Nehwal 5-21, 13-21 dalam tempoh 28 minit.
Turut tewas dua pasangan muda, Mak Hee Choon-Tan Wee Keong yang tunduk kepada pilihan pertama dari Taiwan, Chen Ling Hung-Lang Yu, 21-19, 15-21, 18-21 dan Hoon Thien How-Ong Soon Hock, kepada Cho Gun Woo-Yeon Yeon Seong dari Korea Selatan 18-21, 17-21.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan