Sabtu, 22 Mei 2010

SAM kecewa tuduhan pemain Piala Thomas

SAM kecewa tuduhan pemain Piala Thomas
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
2010/05/22

PERSATUAN Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menyifatkan tindakan pemain badminton menyalahkan wartawan sukan dan media tempatan antara punca utama kegagalan mereka dalam saingan Piala Thomas-Uber, sebagai tindakan terburu-buru dan jalan mudah melepaskan tanggungjawab masing-masing.

Presiden SAM, Ahmad Khawari Mohd Isa, berkata Ahli Jawatankuasa Eksekutif SAM sebulat suara berpendirian bahawa Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain harus lebih teliti sebelum menuding jari kepada wartawan sukan dan media tempatan.
“Tugas dan tanggungjawab media sukan tempatan adalah untuk sama-sama mendokong aspirasi sukan negara,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
“Dengan pemain berstatus profesional serta dilimpahi perhatian khusus – termasuk menerusi pendekatan sains sukan yang menyeluruh – mereka seharusnya tahu tanggungjawab perlu dipikul, tanpa perlu menyalahkan kehadiran media sebagai ‘pengacau’,” katanya.

Ahmad Khawari berkata, pihaknya berbangga kerana mempunyai ahli yang tahu peranan mereka sebagai wartawan sukan bertanggungjawab.

“Daripada penelitian sepanjang tempoh persiapan skuad negara, wartawan dan media tempatan memainkan peranan selaku ‘sahabat’ BAM dan pemain menerusi penulisan serta pemaparan berita yang positif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan