Isnin, 19 April 2010

selangor baham yob 4-1



April 16th 2010 | Posted by Liga Malaysia
PENDAHULU Liga Super, Selangor bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menang 4-1 ke atas Perak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Nazri Khalid terlebih dahulu membuka tirai jaringan untuk Perak pada minit ke-35 selepas menggelecek pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom untuk kedudukan 1-0.

Namun, Selangor menyamakan kedudukan 1-1 melalui penyerang berbisanya, Safee Sali pada minit ke-38 dan Safiq Rahim memperoleh gol kedua Selangor pada minit ke-78.















Pemain gantian, R Surendran melengkapkan malam gemilang Red Giants dengan dua gol lagi pada minit ke-84 melalui sepakan penalti dan ke-88 menerusi tandukan selepas menerima umpanan daripada Amirulhadi Zainal bagi keputusan muktamad 4-1.

Dalam saingan Liga Perdana, ATM berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Felda United apabila menang tipis 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Di Stadium Darul Makmur, USM FC berjaya keluar daripada kedudukan tercorot selepas mengejutkan pasukan tuan rumah, Shahzan Muda, 3-2.

PDRM menang ke atas MP Muar 3-2 di Stadium Larkin sementara Sabah terpaksa berhempas pulas sebelum menang 1-0 ketika berdepan Pos Malaysia di Stadium Likas.

Sementara di Stadium Sarawak, skuad Bujang Senang turut memperoleh kemenangan berharga selepas berjaya membenam Melaka 5-3.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan